Google

Sabtu, 29 September 2007

Taktik JOM MAKAN

SMS sambil dapat DUIT



Sudin (bukan nama sebenar) mempelawa rakannya
Zaidi (juga bukan nama sebenar) datang ke
rumah.

Kata Sudin, "aku nak jemput kau makan sikit
kat rumah aku malam ni. Datanglah". Zaidi
pun setuju dan tepat 8:30 malam, Zaidi sudah
berada di rumah Sudin.

Zaidi berasa aneh kerana Sudin ada seorang
lagi tetamu asing yang belum pernah beliau
kenali di rumah Sudin.

Tak lama kemudian, tahulah Zaidi yang tetamu
asing itu ialah upline Sudin yang bakal
memperkenalkan satu peluang hebat - peluang
mendapatkan pendapatan yang tiada hadnya di
dalam dunia ini.

Dalam masa setengah jam kemudian, Zaidi sudah
diperkenalkan dengan produk unik X yang mampu
merawat pelbagai jenis penyakit. Bukan itu
sahaja, jika Zaidi menyertai kumpulan
pengedar mereka, Zaidi berpeluang melancong
ke 5 buah negara asing dalam masa 3 tahun
dari sekarang. Pangkat "manager", "diamond"
dan "super duper diamond" juga dijelaskan.

Wow! Sudin teruja... namun Zaidi masih lagi
bingung.

???

"Aku ingat ada kenduri, rupa-rupanya ada duri",
fikir Zaidi.

Zaidi rasa tertipu, walaupun selepas pembentangan
peluang perniagaan tersebut, memang ada nasi
briani lauk ayam masak ros. Nasinya enak, namun
Zaidi masih tidak dapat lupakan yang dirinya
sudah ditipu.

Sebelum pulang, Zaidi dipujuk untuk menyertai
kumpulan pemasaran rangkaian mereka. Disebabkan
sudah makan nasi briani berlaukkan ayam lazat,
Zaidi secara terpaksa akur menandatangani borang
pengedar.

Malam itu, Zaidi pulang ke rumah dengan perasaan
hampa. Walaupun beliau sudah menyertai syarikat
pemasaran rangkaian XYZ yang Sudin perkenalkan,
beliau bersumpah yang beliau tidak akan menggunakan
taktik "makan percuma" kepada rakan-rakannya
yang lain semata-mata untuk mendapatkan ahli
baru di bawah beliau.

Kata hati Zaidi, "cukuplah aku saja yang terkena".

Saya rasa tidak kurang juga di antara kita yang
diperkenalkan kepada pemasaran rangkaian secara
"bait and switch" - umpan sesuatu benda, kemudian
perkenalkan peluang perniagaan.

Tak tahulah jika anda tidak terasa, tetapi saya
juga akan merasakan seperti apa yang Zaidi
rasakan sekiranya teman rapat saya cuba menaja
saya dengan cara sebegitu.

Apa salahnya jika diberitahu perkara yang
sebenar. Sudin boleh katakan kepada Zaidi
yang beliau ingin menjemput Zaidi datang ke
rumah bertemu Upline beliau untuk membincangkan
satu peluang menambah pendapatan sampingan, dan
di samping itu juga, Sudin ada buat makan-makan
sikit.

Paling kurang, Zaidi sudah bersedia dengan apa
yang bakal beliau hadapi.

Jika Zaidi tak dapat datang, mungkin Halim,
mungkin Kasim, mungkin Ahmad dapat datang.


****JIKA ANDA ADA SEBARANG KOMEN SILA NYATAKAN SEGERA MUNGKIN...

Tiada ulasan:

Tentukan niche anda Tip Adsense

Mari Belajar Adsense Buat satay sendiri Panduan Bagi Yang belum Kahwin Mari Belajar cPanel semudah A-B-C Asas Menformat PC Bil Elekrik Murah

AlatPenjimatan.Com

Bina Blog sendiri Visit this site. Idea Bisnes TERHANGAT
Biznez melalui SMS sahaja!!!