Harga Promosi:RM55
Harga Biasa :RM58
Anda Jimat :RM 3
RAHSIA INI DARI
Panduan M.E
Autoreload Celcom RM5.50
Macam2 masalah bila tengok autoreload Celcom RM5.5 ni. Ada agen ME suruh pihak admin buang RM5.5 dari senarai produklah, susah nak forward pin reload Celcom lah, ada yang rugi jual lah, ada yang komplen tak operasi 24jam lah, ada yang compare dengan MM lah dan macam – macam lagi…. Memandangkan banyak Agen2 Mastereload yang komplen pasal autoreload Celcom RM5.50 yang tak beroperasi 24 jam tu, baik saya kongsikan teknik2 yang saya gunakan untuk menyelesaikan masalah mengenai autoreload Celcom RM5.50 yang tidak mampu beroperasi selepas jam 11 mlm.
Untuk dijadikan cerita, sya ni salah seorang agen ME yg masih belajar di IPTA dlm negeri sya ni, maka kebanyakkan pelanggan saya adalah terdiri daripada pelajar2 IPT kat sini. Selalunya, pelajar kat sini jarang2 yg mampu untuk reload RM10 (maklumla pelajar, blum kerja lagi), so favourites diorang ialah reload RM5.50 termasuklah autoreload Celcom RM5.50 dan saya tidak menolak permintaan reload mereka itu pada bila-bila masa shj. Kadang2 diorang jenguk saya di bilik tak kira masa samada dr tengah malam sampai le subuh pagi keesokkan harinya. Sebab tu autoreload Celcom RM5.50 selepas tengah malam bukan suatu masalah bagi saya kerana saya boleh autoreload Celcom RM5.50 kat diorang 24jam dan yang best nya saya dapat komisen sebijik sama besar spt kita order reload Celcom RM10…hehehe.. nak tahu macam mane? Sabar, baca lagi kat bawah….
Sebelum nak ikut teknik ni, baik saya bagitau syarat2 dulu supaya agen2 ME kat luar sana faham. Syaratnya mudah je:
1. Pastikan baki kredit prepaid Celcom anda mempunyai minimum RM1.50 (Ingat! Bukan RP dari akaun ME anda)
2. Teknik autoreload Celcom RM5.50 beroperasi 11pm-10am ni adalah utk agen ME yang guna CELCOM sahaja dan nak reload pelangan yang guna Celcom sahaja (Celcom to Celcom only)– yang lain tu tak leh, sorry ye hehehehe.
3. Kalau nak ikut teknik ni dipersilakan, kalau tak nak ikut tak pe, tujuan saya cuma nak kongsi pengalaman je. Diharap agen2 ME sekalian jangan komplen balik pasal ni ye. Hihihihi..
OK, cara nak autoreload Celcom RM5.50 secara 24jam (11pm-10am) & akan dapat komisen spt order Celcom RM10 adalah seperti berikut:
1. Selepas pelanggan bayar RM5.50, baru boleh mula buat teknik ni seperti dibawah (kalau tak, takut customer bayar RM5 je, agen ME jugak yg rugi nanti hehehe)
2. Mula-mula agen ME kena order Celcom RM10 dari Nombor Gateway SMS MasterEload. Cth taip: ME PSWD 01910 dan hantar ke 0132980393.
3. Selepas pin num datang, reload RM10 tadi ke no prepaid Celcom ME ANDA / no. prepaid Celcom agen ME. Taipkan *112*16digit# pastu tekan SEND. Cth taip: *122*1234122413341444# & tekan SEND.
4. Tunggu sampai reload RM10 tadi masuk ke dalam kredit Celcom anda.
5. Bila dah masuk RM10, taip RM5 pastu hantar ke 1 & diikuti no. prepaid Celcom pelanggan tadi. Cth taip: RM5 & hantar ke 10198789247.
6. 1 SMS akan datang, reply/balas dengan menaip “OK” untuk pengesahan transaksi.
7. Pastu autoreload Celcom RM5 pun akan masuk ke no telefon pelanggan. Hihihihi…
8. Berbalik pula dengan baki RM4.50 (RM10-RM5.50=RM4.50) yang tggl dlm prepaid Celcom agen ME, saya nasihatkan simpan dan kumpul untuk autoreload Celcom RM5.50 kpd pelanggan yang seterusnya.
[Sebagai panduan sahaja, jika baki kredit prepaid bernilai RM4.5 dikumpul utk autoreload Celcom RM5.5 yg seterusnya…:
a) RM10 (order kali ptama) - RM5.5 (pelanggan A) = baki RM4.50 Anda dapat RM5.5 cash drpd 1org pelanggan
b) RM4.5 + RM10 (order kali ke2) = RM14.50 RM14.5 – RM5.5 (pelanggan B) = RM9 RM9 – RM5.5 (pelanggan C) = baki RM3.5 Anda dapat RM16.5 cash dari 3org pelanggan
c) RM3.5 + RM10 (order kali ke3) = RM13.5 RM13.5 – RM5.5 (pelanggan D) = RM8 RM8 – RM5.5 (pelanggan E) = baki RM2.5 Anda dapat RM27.5 cash dari 5org pelanggan
d) RM2.5 + RM10 (order kali ke4) = RM12.5 RM12.5 – RM5.5 (pelanggan F) = RM7 RM7 – RM5.5 (pelanggan G) = baki RM1.5 Anda dapat RM38.5 cash dari 7org pelanggan
e) RM1.5 + RM10 (order kali ke5) = RM11.50 RM11.50 – RM5.5 (pelanggan H) = RM6 RM6 – RM5.5 (pelanggan I) = baki RM0.50 Anda dapat RM49.5 cash dari 9org pelanggan
f) RM0.5 + RM10 (order kali ke6) = RM10.5 RM10.5 – RM5.5 (pelanggan J) = baki RM5 Anda dapat RM55 cash dari 10org pelanggan
g) RM5 + RM10 (order kali ke7) = RM15 RM15 – RM5.5 (pelanggan K) = RM9.5 RM9.5 – RM5.5 (pelanggan L) = baki RM4 Anda dapat RM66 cash dari 12org pelanggan
h) RM4 + RM10 (order kali ke8) = RM14 RM14 – RM5.5 (pelanggan M) = RM8.5 RM8.5 – RM5.5 (pelanggan N) = baki RM3 Anda dapat RM77cash dari 14org pelanggan
i) RM3 + RM10 (order kali ke8) = RM13 RM13 – RM5.5 (pelanggan 0) = RM7.5 RM7.5 – RM5.5 (pelanggan P) = baki RM2 Anda dapat RM88 cash dari 16org pelanggan
j) RM2 + RM10 (order kali ke9) = RM12 RM12 – RM5.5 (pelanggan Q) = RM6.5 RM6.5 – RM5.5 (pelanggan R) = baki RM1 Anda dapat RM99 cash dari 18org pelanggan
k) RM1 + RM10 (order kali ke10) = RM11 RM11 – RM5.5 (pelanggan S) = RM5.5 RM5.5 – RM5.5 (pelanggan T) = baki RM00.00# Anda dapat RM110 dari 20org pelanggan (dari pelanggan A – T) …
Kesimpulan: Order Celcom RM10 sebanyak 11kali (-110RP) dari akaun ME, anda dapat - bonus / insentif hasil drpd order Celcom RM10 sebanyak 11 kali (kire ok gak drpd bonus order RM5.50) - dapat reload sekaligus 20org pelanggan RM5.5 sebanyak 11 kali guna order Celcom RM10 (daripada nak topup RM5.5 sebyk 20 kali utk 20org pelanggan yg order RM5.50) - dapat cash RM110 daripada 20org pelanggan yg order RM5.50, dan sudah dapat topup dlm bank jadi 110RP utk modal pusingan balik. ]
Jadi, terpulang kpd agen ME itu sendiri nak guna teknik ni atau tak. Sya tak paksa (mungkin bagi anda cara ni susah? / complicated? / merugikan?), namun bg saya cara ni byk membantu saya sendiri dan sekaligus dapat menyelesaikan masalah autoreload Celcom RM5.50 selepas jam 11pm-10am. Takyah lagi nk jln kaki ke kedai yang dah tutup semata2 nak reload RM5 pd tengah mlm, atau simpan stok terhad kad prepaid RM5 banyak2 dlm peti besi, atau nak isi minyak transport sbb nak reload RM5 kalo ada hal emergency awal pagi. Guna je teknik ini, teknik yang dinamakan teknik ...
Celcom Airtime Share ....
Rabu, 26 September 2007
Dicatat oleh MakeOnMoney di 3:32:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tentukan niche anda
Tip Adsense
Tiada ulasan:
Catat Ulasan